THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 13 June 2011

::wanita yang paling bahagia::

*petikan dari Buku Jangan Bersedih,Jadilah Wanita yang Paling Bahagia*
  • Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit anda, ucapkanlah ‘la ilaaha illah’.
  • Sakit laksana misi yang membawa berita gembira sedang sihat bak hiasan yang mempunyai harganya sendiri.
  • Kalbu yang bersih adalah kalbu yang tidak mengandungi syirik, tipuan, dengki dan iri hati di dalamnya.
  • Ambillah dari angin sepoi-sepoi kelembutannya, dari minyak wangi keharumannya dan dari gunung ketegaran dan kekukuhannya.
  • Jangan anda curahkan semua penderitaan anda kecuali hanya pada mereka yang mahu membantu meringankan beban anda dengan fikiran dan nasihat mereka yang dapat mendatangkan kebahagiaan bagi diri anda.
  • Jangan biarkan ada sudut gelap dalam kehidupan anda kerana cahaya itu sudah ada dan anda hanya perlu memicit suis untuk menyalakannya.
  • Berhentilah dari merenungi dosa tetapi renunglah sifat yang baik sebagai penggantinya.
  • Sesungguhnya kita memerlukan harta untuk hidup tetapi bukan bererti kita harus hidup demi harta.
  • Belajarlah untuk menghayati hal-hal yang menakutkan, nescaya rasa takut itu akan hilang.
  • Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.
  • Berbahagialah sekarang, bukan esok hari!
  • Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan aku sekarang tidak mampu mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa mendatang. Untuk itu, mengapa harus aku menyesali masa lalu atau merasa cemas dengan masa mendatang?
  • Duduk berpangku tangan tidak akan dapat menyelamatkan kapal yang tenggelam di dasar laut.
  • Sesungguhnya kehidupan ini lebih pendek dari yang kita bayangkan maka, janganlah anda membuatnya lebih singkat lagi.
  • Seseorang hendaknya tidak mensia-siakan setengah hidupnya untuk membenci.
  • Keselesaan tubuh kerana sedikit makan. Keselesaan jiwa kerana sedikit dosa. Keselesaan hati kerana sedikit keinginan. Keselesaan lisan kerana sedikit bicara.
  • Percayalah kepada Allah jika engkau benar. Berbahagialah menghadapi hari esok jika engkau bertaubat.
  • Keindahan ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan ialah kebaikan perilaku. Keelokan ialah keelokan akal.
  • Terkadang manusia menyesali ucapannya tetapi tidak akan menyesal kerana sikap diamnya.
  • Berbohonglah kepada hawa nafsu bila kau bicara dengannya. Jika kau jujur kepadanya nescaya akan pudarlah semua yang kau harapkan.
  • Tersenyumlah, jika engkau ingin orang lain tersenyum padamu.
  • Kebahagiaan seorang lelaki terletak pada kalimat yang keluar dari mulut seorang wanita.
  • Berhiaslah dengan keindahan maka anda akan melihat segala yang ada menjadi indah.
  • Orang yang paling berbahagia adalah orang yang dapat menyebarkan kebahagiaan kepada orang ramai.
  • Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk dapat tersenyum tetapi tersenyumlah agar anda berbahagia.
::semoga saye diberi peluang untuk bergelar seorang wanita yang paling bahagia::
~aminnnnn~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...