Masya-Allah..sedar xsedar dah masuk hampir setengah bulan Syaaban.rasa2 baru je smbut raya thun lepas dah nk masuk bulan poase thun ni..sungguh cepat masa berlalu n nak masuk bulan posa dah pun..hoho.ganti pose xbih lagi nih.adoiii sesungghnya saya sellu ralit tuk ganti pose*rse2 mcm tiap2 thun cmni kan.ish bila nk berubah nora..*
so entry kali ni leh kita share same2 ape amalan2 yang boleh kita amalkan sama..smga keberkatan bulan ni kita perolehi sama..aminnn
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2. Memperbanyak doa,zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu,dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban,sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
*Sumber::Petikan dari blog Dr Fadzilah Kamsah*
oke, nk masuk tido dah.smga sok akan menjadi ari yang lebih baik dari ari ni n lebih ceria..
so, sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa..
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendaksepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.*kene bari smngt skit maklumla ari isnin kan.he*
0 comments:
Post a Comment